04 December 2011
Posted by Omar L-xer on 8:53 PM
OMG JEPUN CIPTA DAGING DARI NAJIS MANUSIA???
Owh.Memang.Giller!(OMG!) Jepun...tau
la dengan kehebatan deorang membuat penyelidikan macam-macam dan invest
macam-macam gak. Kali nieh tao nak kongsikan kat korang, dimana satu
kajian telah dibuat hasil kitar semula najis manusia untuk membuat
daging steak...euuuwww~
TOKYO
| Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan
prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk
mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.
Mitsuyuki
Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini
selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya
untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar
itu.
Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.
Hrmm sedapnyer...hehe
Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.
SHIT BURGER
Ikeda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.
Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.
Ape kate korang...betul-betul kitar semula nieh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment